Arthur Chickering ( 1969 ) yang memperkenalkan model pembangunan pelajar mengikut jalan psikologis Eric Ericson ( 1968 ). Beliau meletakkan beberapa tahap ( Vector ) supaya pelajar universiti dapat menyiapkan diri ketika di universiti.Arthur Chickering membahagikan kepada 7 Vector.
1. Pembangunan Kompetensi
Peringkat ini ialah untuk memperkembangkan kecekapan intelektual, fizikal dan kerja tangan serta kecekapan bersosial Tahap ini sangat penting sebagai asas kepada pelajar yang baru memasuki universiti yang dalam proses untuk membebaskan diri daripada pergantungan dengan keluarga. Jika tahap ini tidak berkembang untuk bersama-sama untuk berada dalam diri , besar kemungkinan seseorang itu akan cacat intelektual dan akan terus bergantung dengan alam sekeliling sebagai sokongan seperti mana seorang bayi yang sentiasa bergantung dingan ibunya untuk mendapatkan sesuatu.
2. Mengurus Emosi (Managing emotions)
Kebolehan mengurus emosi bukannya mudah, tetapi mesti dilakukan secara berstruktur supaya pelajar menyedari emosi diri dan berjaya untuk bertolak ansur dalam meluahkan emosi dan bijak mengawal dorongan seksual Pelajar Pelajar perlu hati-hati dengan sifat-sifat ingin tahu, sikap terbuka, pengalaman untuk mengurangkan ketidakadilan, meningkatkan empaty dan lain-lain. Bila toleransi tinggi, kapasiti hubungan yng intim juga akan tinggi.Pelajar juga perlu bina hubungan yang matang untuk lebih bertanggungjawab, jujur . memberi respon yang berkekalan.Pelajar menolong memahami kelemahan diri sendiri,kesalahan yang ada dan bergantungan antara individu.
3. Membina Autonomi
Pelajar perlu berhijrah melalui autonomi( badan ) ke arah kebebasan. Mereka perlu bergerak sendiri untuk mencapai tujuan .Jangan terlalu mendengan pendapat orang lain. Pelajar perlu kebebasan emosi untuk hidup sendiri tanpa bergantungan pada kawan-kawan dan keluarga. Pelajar juga perlu kebebasan fizikal (instrument ) iaitu
a ) kebolehan mengurus aktiviti dan menyelesaikan masalah mengikut arah sendiri.
b ) kebolehan untuk bergerak/ berfikir secara kritikal dan bebas untuk menukarkan idea ke tindakan melibatkan pembelajaran untuk ke suatu tempat, mencari maklumat dan sebagainya untuk penuhi keinginan.
4. Membina Perhubungan Interpesonal ( diri dengan orang lain)
Pelajar perlu membina interpersonal yang lebih matang. Ini melibatkan sikap tolerensi dan penerimaan pada perbezaan serta kopasiti keintiman. Tolerensi dilihat di dalam budaya yang berbeza dan konteks perhubungan antara diri dan orang lain. Pelajar tahu untuk memberi maklumbalas ikut diri sendiri dan bukan kerana tujuan lain atau kebendan
Pelajar tahu menerima perbezaan individu dan budaya.
5. Membina Identiti
Identiti dibentuk bergantung pada kepakaran , kematangan emosi , autonomi dan hubungan yang interpersonal. Membentuk identiti ialah proses mencari berbagai pengalaman Membentuk identiti perlu melibatkan:
keselesaan badan dan penampilan.
Keselesaan jantina ( sex ) dan kepunyaan seksual
Kehidupan merangkumi konteks sosial,sejarah dan budaya
Penjelasan konsep kendiri melalui peranan dan cara hidup
Maklumbalas kendiri pada maklumat yang terkini.
Penerimaan kendiri dan nilai diri
Stabil dkendiri / individu.an intergrasi
Mematangkan identiti juga termasuk membuat refleksi pada sesebuah keluarga meluputi kaum , agama, budaya dan lain-lain.Melibatkan peranan dan cara bekerja perlu untuk menajamkan definisi diri. Membina identiti juga memerlukan pemilaian orang lain terhadap diri kita. Ia membantu menjelaskan perasaan diterima , berkeupayaan , dihargai dan lain-lain.
6. Membentuk Tujuan
Pelajar perlu ada tenaga dan arah tujuan. Mereka perlu tingkatkan keazaman, minat, pilihan, buat pelan masa hadapan walaupun ada gangguan atau halangan. Pelajar perlu membina pelan dan aksi merangkumi;
- aspirasi dan pelan vokasional
- minat individu
- tanggungjawab keluarga dan hubungan diri dengan kumuniti.
Pelajar masa ini sudah tahu hala tujunya dan boleh membina gaya hidup yang sesuai dengan dirinya..
7. Membina Integriti
Pelajar tahap ini sudah mampu membina integriti (nilai-nilai yang baik) Mereka juga bersifat kemanusiaan untuk meneruskan kehidupannya. Mereka mampu mempertahankan prinsip kemanusiaan sejagat, bukan lagi orang yang hanya melihat sesuatu atas dasar kepentingan diri sendiri.Pelajar ini juga sepatutnya mempunyai haluan hidup, bukan bergerak berdasarkan naluri atau tarikan nafsu yang buas.
Kesimpulannya, jika gagal membentuk pelajar sehingga tahap yang diharapkan, maka pihak bertanggungjawab sama ada pelajar itu sendiri, pentadbir atau guru yang patut muhasabah diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan