Blog Keluarga

Blog Keluarga

Jumaat, 15 Januari 2010

MODEL PENGAJARAN




Pandangan Gagne (Hierarki Pembelajaran)

Menurut Gagne (1970), pembelajaran bergerak daripada yang paling mudah dan menuju kepada yang kompleks. Pembelajaran di aras yang tinggi adalah bergantung pada pembelajaran di aras yang rendah. - Gagne telah mengenal pasti lapan jenis pembelajaran, seperti berikut:

1. Pembelajaran isyarat. Jenis pembelajaran ini merupakan pembelajaran yang paling mudah. Ia lebih merupakan perubahan tingkah laku yang. disebabkan oleh pengaruh kebiasaan. Misalnya apabila loceng berbunyi pada, 7.30 pagi, semua murid akan berkejar ke bilik darjah masing-masing. Apabila guru masuk ke bilik darjah, semua murid akan terus berdiri untuk memberi penghormatan. Pembelajaran isyarat seperti ini tidak banyak menggunakan akal fikiran.

2. Pembelajaran rangsangang gerak balas. Pembelajaran rangsangan gerak balas bergantung kepada proses peneguhan. Ini bermakna guru perlu memberi pujian dan ganjaran bagi tingkah laku yang diingati.

3. Rangkaian. Rangkaian merupakan satu siri tingkah laku yang berkaitan di antara satu sama lain untuk melengkapi satu tugasan yang dijalankan. Misalnya, ketika menyambut bola dalam per-mainan. tenis, pemain hendaklah berdiri dengan posisi tubuh yang sesuai, di tapak yang munasabah dan mengayun raket dengan gaya yang betul agar bola tenis dipulangkan dengan baik. Siri tinglah laku ini disebut rangkaian.

4. Pertalian berbahasa. Pertalian berbahasa merupakan suatu bentuk rangkaian berbahasa. Ini berlaku apabila seseorang kanak-kanak menghubungkaitkan apa yang dilihat dengan nama objek secara menyebutnya. Misalnya, ketika melihat sebiji bola, kanak-kanak itu akan menyebut bola. Pertaliah berbahasa seperti ini hendaklah diulangi sehingga beberapa kali untuk menjamin peneguhan pertalian.

5. Pembelajaran diskriminasi. Jenis pembelajaran ini berlaku apabila murid dapat memilih gerak balas yang sesuai untuk bertindak bagi menghasilkan sesuatu. Misalnya, dalam satu-satu kuliah, pelatih dapat membezakan mana yang merupakan fakta yang penting daripada fakta yang kurang pcnting. Ketika membuat rujukan di perpustakaan, pelatih yang dapat mengumpul fakta-fakta yang relevan dengan topik kerja kursus dan mengetepikan fakta-fakta yang tidak relevan telah melakukan proses diskriminasi dengan baik.

6. Pembelajaran konsep. Ini berlaku apabila murid bertindak balas kepada benda-benda sebagai satu kelas atau kategori. Misalnya, murid yang mempelajari warna, saiz dan bentuk. Dia akan menggolongkan kuning, merah, hitam, putih dan hijau sebagai warna; bulat, segitiga, segiempat dan bujur sebagai bentuk dan bola sepak, bola lisut, bola tenis, bola jaring sebagai bola.

7. Pembelajaran hukum. Ini merupakan pcmbelajaran yang kompleks kerana ia melibatkan pembelajaran konsep, rangkaian dan pertalian berbahasa. Misalnya, ketika murid mempelajari apabila air membeku, isipadunya bertambah. Konsep-konsep yang perlu dipelajari ialah `membeku', isipadu dan `bertambah'. Kemudiannya, konsep-konsep ini perlu dirangkaikan atau dikaitkan di antara satu sama lain untuk membentuk hukuman tersebut. Contoh yang lain ialah apabila seseorang mengaitkan konsep `bulat' dan `bola' ketika mempelajari hukum `benda-benda bulat bergolek'.

8. Penyelesaian masalah. Ini merupakan pembelajaran yang paling kompleks kerana ia melibatkan semua jenis pembelajaran yang telah dikemukakan. Ia melibatkan aplikasi semua jenis pembelajaran dalam satu-satu situasi yang baru. Misalnya, seseorang kanak-kanak yang memahami benda-benda bulat bergolek akan menyimpan bola itu di suatu tempat yang mana ia tidak akan bergolek ke tempat yang lain.



Dari perbincangan di atas, adalah jelas bahawa setiap pembelajaran di aras tinggi adalah bergantung pada pembelajaran di aras bawah. Dengan kata lain, pembelajaran di aras bawah merupa¬kan prasyarat kcpada pembelajaran di aras tinggi. Misalnya, sebelum seseorang kanak-kanak tahu menyimpan bola di tempat yang di¬anggap anggap selamat (penyelesaian masalah) dia seharusnya telah mempelajari pelajari benda bulat itu boleh bergolek (pembelajaran prinsip) dan sebelum dia menguasai pembelajaran itu, dia sepatutnya telah mengenal apa itu bulat (pembelajaran konsep), dan sebelum dia tahu apa itu bulat, dia seharusnya dapat membezakan bulat dari¬pada bentuk-bentuk lain seperti segitiga, segiempat, bujur dan sebagainya (pembelajaran diskriminasi).

Berdasarkan alasan-alasan di atas, guru hendaklah memeringkatkan isi pelajaran dengan teratur agar pembelajaran dapat bergerak daripada yang mudah kepada yang kompleks seperti hierarki pembelajaran yang dicadangkan oleh Gagne.

Tiada ulasan: