Blog Keluarga

Blog Keluarga

Selasa, 19 Oktober 2010

Biografi David A. Kolb


David A. Kolb (1939) ialah seorang penggubal theori Amerika. Beliau menaruh minat dan memfokaskan penerbitannya dalam pembelajaran pengalaman, perubahan individu dan social, pembangunan ikhtisas, dan pendidikan pengurusan dan professional. Beliau juga merupakan pengasas dan pengerusi Experience Based Learning Systems, Incorporation (EBLS), dan Profesor dalam bidang Organizational Behavior di Weatherhead School of Management, Case Western Reserve University, Cleveland, Ohio.



Kolb memperolehi sarjana muda sastera dari Knox College pada tahun 1961 dan seterusnya memperolehi sarjana sastera dan Ph.D. dari Harvard University pada tahun 1964 dan 1967 dalam bidang social psychology. Pada awal 1970, Kolb dan Roger Fry (kedua-duanya di Weatherhead School of Management) menghasilkan “The Experiential Learning Model” (Kolb dan Fry 1975) terdiri dari empat elemen:



• Pengalaman konkrit (Concrete Experience)

• Refleksi pemerhatian atas pengalaman konkrit (Reflective Observation)

• Pembentukan konsep abstrak berdasarkan refleksi pemerhatian

(Abstract Conceptualization)

• Ujian ke atas konsep baru (Active Experimentation)



Beliau menamakan modelnya demi mengaitkan idea dari John Dewey, Jean Piaget, Kurt Lewin, dan lain-lain penulis mengenai paradigma pembelajaran pengalaman. Modelnya dibangunkan sebahagian besarnya untuk kegunaan pendidikan orang dewasa, tetapi aplikasi pedagogi modelnya disebarluas dalam pendidikan tinggi.



Dr. Kolb terkenal dalam kitaran pendidikan iaitu Inventori Gaya Pembelajaran (LSI). Model ciptaannya menggambarkan dua kontinum: eksperimentasi aktif-pemerhatian reflektif dan konseptual abstrak-pengalaman konkrit. Hasilnya ialah empat jenis gaya pembelajaran: konverger, accommodator, assimilator dan diverger.



Model Pembelajaran Kolb

David A. Kolb menghasilkan model pembelajaran yang cemerlang berdasarkan empat elemen iaitu pengalaman konkrit, pemerhatian refleksi, konseptual abstrak dan eksperimentasi aktif. Beliau menjelaskan model pembelajaran ini dalam kitaran pembelajaran pengalaman seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 1.





Rajah 1.

Model pembelajaran dua-dimensi Kolb dan empat gaya pembelajaran



David Kolb membincangkan pembelajaran berkesan melibatkan pemilikan empat keupayaan yang berbeza iaitu pengalaman konkrit, pemerhatian refleksi, konseptual abstrak dan eksperimentasi aktif. Berdasarkan dari kitaran pembelajaran pengalaman pula, David Kolb mereka bentuk suatu inventori gaya pembelajaran. Inventori gaya pembelajaran ini meletakkan seseorang di atas garisan antara pengalaman konkrit dan konseptual abstrak; dan eksperimentasi aktif dan pemerhatian reflektif. Dengan ini, Kolb mengenalpasti empat jenis gaya pembelajaran yang asas.



David Kolb mengemukakan adanya empat tahap (a-d) kecenderungan seseorang dalam proses belajar, tahap proses tersebut iala;

Tahap 1 : Perasaan/FEELING (Concrete Experience)

Pelajar belajar melalui perasaan, dengan menekankan aspek pengalaman kongkrit, lebih mementingkan hubungan dan sensitiviti terhadap perasaan orang lain. Dalam proses belajar, pelajar cenderung lebih terbuka dan mampu beradaptasi terhadap perubahan yang dihadapinya.

Tahap 2 : Pengamatan/WATCHING (Reflective Observation)

Pelajar belajar melalui pengamatan, penekanannya mengamati sebelum menilai, menyemak sesuatu perkara dari berbagai perspektif, dan selalu membuat pengamatan dengan teliti. Dalam proses belajar, pelajar akan menggunakan fikiran dan perasaannya untuk membentuk pendapatnya.

Tahap 3 : Pemikiran/THINKING (Abstract Conceptualization)

Pelajar belajar melalui pemikiran dan lebih terfokus pada analisis logik dari ide-ide, perancangan sistematik, dan pemahaman intelektual dari situasi atau perkara yang dihadapi. Dalam proses belajar, pelajar akan membuat perancangan sistematik serta mengembangkan teori dan ide untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Tahap 4 : Tindakan/DOING (Active Experimentation)

Pelajar belajar melalui tindakan, kecenderungan dari segi kemampuan melaksanakan tugas, berani mengambil risiko, dan mempengaruhi orang lain. Dalam proses belajar, pelajar akan menghargai kejayaan dalam menyelesaikan pekerjaan, pengaruhnya kepada orang lain, dan prestasinya yang ditunjukkannya.

Menurut Kolb, tidak ada individu yang gaya belajarnya secara mutlak didominasi oleh salah satu saja dari tahap tersebut. Kebiasaannya adalah kombinasi dari dua tahap dan membentuk satu kecenderungan atau orientasi belajar. Empat tahap di atas membentuk empat kombinasi gaya belajar.

Gaya Belajar Menurut David Kolb

Pada model di atas, empat kombinasi gaya belajar diwakili oleh angka 1 hingga 4, dengan penjelasan seperti di bawah ini:

1. Gaya Diverger

Kombinasi dari perasaan dan pengamatan (feeling and watching). Pelajar dengan gaya Diverger unggul dalam melihat situasi kongkret dari banyak sudut pandangan yang berbeza. Pendekatannya pada setiap situasi adalah "mengamati" dan bukan "bertindak". Pelajar seperti ini menyukai tugas belajar yang menuntutnya untuk menghasilkan idea-idea (brainstorming), biasanya juga menyukai isu budaya serta suka sekali mengumpulkan berbagai informasi.

2. Gaya Assimillator

Kombinasi dari berfikir dan mengamati (thinking and watching). Pelajar dengan Gaya Assimilator memiliki kelebihan dalam memahami berbagai informasi serta merangkumkannya dalam suatu format yang logik, singkat, dan jelas. Biasanya pelajar ini kurang perhatian pada orang lain dan lebih menyukai idea serta konsep yang abstrak, mereka juga cenderung lebih teori.

3. Gaya Converger

Kombinasi dari berfikir dan melakukannya (thinking and doing). Belajar dengan Gaya Converger unggul dalam menemukan fungsi praktikal dari berbagai idea dan teori. Biasanya mereka mempunyai kemampuan yang baik dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan. Mereka juga cenderung lebih menyukai tugas-tugas teknikal daripada masalah sosial atau hubungan interpersonal.



4. Gaya Accomodator

Kombinasi dari perasaan dan tindakan (feeling and doing). Pelajar dengan Gaya Accommodator memiliki kemampuan belajar yang baik dari hasil pengalaman nyata yang dilakukannya sendiri. Mereka suka membuat rencana dan melibatkan dirinya dalam berbagai pengalaman baru. Mereka cenderung untuk bertindak berdasarkan intuisi/dorongan hati daripada berdasarkan analisa logik. Dalam usaha menyelesaikan masalah, mereka biasanya mempertimbangkan faktor manusia (untuk mendapatkan informasi) dibanding analisa teknikal.

Menyemak berbagai gaya belajar di atas, sebagai guru perlu kita sensitif terhadap strategi belajar , yang mungkin sama atau sama sekali berbeza dengan orientasi belajar pelajar di dalam kelas. Perbezaan itu dapat menimbulkan masalah dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran meliputi aspek interaksi, komunikasi, kerjasama, dan penilaian.



Gaya Pembelajaran David Kolb:

Gaya Pembelajaran Ciri-ciri Pembelajaran Deskripsi

Konverger Abstrak Konseptual +

Eksperimentasi aktif

*Kuat dalam praktik

kegunaan idea

*boleh fokus ke atas hujah

hypo- deductive berkaitan

permasalahan khusus

*tanpa emosi

*keinginan yang terhad

Diverger Eksperimentasi konkrit

+pemerhatian reflektif *kuat dalam keupayaan

imaginasi

*bagus dalam menjana idea

dan melihat sesuatu dari

perspektif yang berlainan

*ambil berat tentang orang

Assimilator Konseptual abstrak +

Pemerhatian reflektif *kuat upaya untuk mencipta

teori-teori model

*cemerlang dalam hujah

induktif

*lebih minat dalam konsep

abstrak dari orang

Accommodator Pengalaman konkrit +

Eksperimentasi aktif *kuat dalam membuat kerja

*rela menanggung risiko

*bekerja cemerlang bila

dalam keadaan terdesak

*menyelesaikan masalah

dengan segera/intuiti







Rumusan



Model Pembelajaran Kolb jika digunakan dengan sebaiknya akan mendatangkan kesan yang positif dari aspek berikut

1. Pedagogi boleh disesuaikan dengan kecenderungan gaya pembelajaran pelajar:

2. Pedagogi yang mencabar akan membentuk kompetensi pembelajaran pelbagai cara

Kesimpulannya idea bukanla satu unsure pemikiran yang tidak boleh diubah tetapi ia terbentuk dan dibentuk semula melalui pengalaman.Oleh itu, pembelajaran adalah satu proses di mana konsep sentiasa diubahsuai oleh pengalaman.